Google Photos adalah pusat utama untuk semua foto dan video anda. Simpan, edit, susun dan cari semula detik berharga anda dengan mudah. Urus kenangan anda dengan lebih pintar dan cekap, dibantu oleh teknologi Google AI yang canggih.
Abadikan setiap kenangan berharga anda dengan Google Photos, penyelesaian pengurusan foto yang pintar dan selamat daripada Google. Setiap akaun Google bermula dengan storan awan percuma sebanyak 15 GB*, tiga kali ganda lebih besar berbanding kebanyakan perkhidmatan lain, memberikan ruang yang luas untuk semua foto dan video anda. Dengan ciri sandaran automatik, semua detik istimewa dari pelbagai peranti dan aplikasi akan disatukan dengan selamat di satu lokasi, memastikan tiada lagi kenangan yang akan hilang atau terpisah, semuanya diuruskan oleh Google.
Google Photos bukan sekadar tempat penyimpanan, ia adalah pembantu galeri peribadi anda. Nikmati kemudahan penyusunan automatik yang mengelompokkan duplikasi atau imej serupa, di samping folder pintar untuk tangkapan skrin, dokumen, album peribadi dan susunan harian, menjadikan galeri anda sentiasa rapi dan teratur. Manfaatkan alatan pengeditan berkuasa AI yang membolehkan anda menyempurnakan foto dengan beberapa ketikan – hapuskan gangguan dengan Pemadam Ajaib, tajamkan imej kabur menggunakan Nyahkabur, atau tingkatkan pencahayaan dengan Pencahayaan Potret. Carian foto juga menjadi sangat intuitif; cukup taipkan deskripsi seperti "Saya dan Alice ketawa" atau "Berkayak di tasik", dan Google Photos akan menemukan kenangan itu untuk anda. Anda juga boleh menyimpan foto dan video sensitif pada folder terkunci yang dilindungi oleh kunci skrin peranti anda.
Imbau kembali perjalanan hidup anda dengan mudah melalui ciri Kenangan yang diperibadikan dan kongsikan detik-detik kegemaran anda dengan sesiapa sahaja, walaupun mereka tidak menggunakan Google Photos. Keselamatan adalah keutamaan; kenangan anda dilindungi sepenuhnya oleh infrastruktur keselamatan canggih Google. Selain itu, bebaskan ruang pada peranti anda dengan mudah – foto yang telah disandarkan boleh dialih keluar dari storan telefon hanya dengan satu ketikan, tanpa perlu risau kehabisan memori. Manfaatkan juga Google Lens untuk mengenalpasti objek dan teks dalam foto anda. Untuk menghidupkan kenangan anda ke dunia nyata, Google Photos membolehkan anda menukar gambar digital kepada cetakan kualiti tinggi seperti buku foto, cetakan, atau seni dinding kanvas. (Perkhidmatan percetakan ini kini tersedia di wilayah AS, EU, UK, dan CA sahaja).